Welcome to my blog
Kesihatan adalah anugerah yang maha Esa...Jagalah ia kerana ia amat berharga
Dengarkanlah...
- Ketahuilah, sesungguhnya dunia inibagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karamke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangankaram, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernamaTAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKALkepada ALLAH.
- Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekatkepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiatkepada ALLAH.Seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
- seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebihmudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
- Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
- Bukanlah satu kebaikan namanya sekiranya engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
- Apabila engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
No comments:
Post a Comment